Makanan Lazat Johor~

Assalamualaikum,

Malam-malam macam nie perut mulalah berbunyi sakan mintak diisi hurm..bila cerita pasal bab makan memang seronok sebab mulalah terfikirkan macam-macam makanan yang sedap-sedap. Wah, telan air liur banyak-banyak larr kalau macam nie hehe. Okey kali nie saya nak kongsikan dengan korang semua mengenai makanan yang popular  di negeri Johor. Sememangnya makanan dekat Johor nie memang sedap-sedap dan kalau sekali cuba mesti nak lagi punya lah huhu. Untuk maklumat korang jugak makanan yang ada di negeri Johor nie kebanyakannya di pengaruhi oleh pengaruh Arab dan kepulauan melayu. Antara makanan yang nak saya kongsikan ialah

DSC06064

Laksa Johor

1)Laksa Johor

Kalau sudah namanya pun Laksa Johor maka kita tahu lah makanan ini memang berasal dari negeri Johor. Kalau korang nak tahu Laksa Johor hanya menggunakan Spaghetti sebagai mee bukan laksa beras seperti laksa yang lain. Kuahnya juga pekat kerana ia berasaskan isi ikan yang dimasak bersama kerisik, santan, dan lain-lain. Hidangan ini juga dihidangkan bersama sambal belacan, daun kesum, daun selasih, lobak masin dan lain-lain lagi. Paling penting sekali rasanya memang sangat sedap. Kalau cuba mesti takkan menyesal.

47495496

Mee Bandung

2) Mee Bandung

Untuk maklumat korang makanan nie memang sangat popular di daerah Muar. Oleh kerana semua bahan dicampurkan dengan pelbagai rencah maka dinamakan sebagai Mee Bandung. Kalau nak cari Mee Bandung yang betul-betul terbaik cari lah di Muar kerana kat sana memang kaw-kaw rasa kesedapannya hehe. Rasanya memang sedap serba lengkaplah orang kata maka memang tak rugi kalau nak pekena makanan nie.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Otak-Otak

3) Otak-Otak

Otak-Otak merupakan makanan kegemaran saya hehe kalau dah makan satu pasti akan makan lagi. Makanan nie boleh dimakan bila-bila saja tak kira untuk sarapan ke, minum petang ataupun makan sambil tengok tv pun boleh. Antara otak-otak yang terkenal di negeri Johor ini ialah” Otak-otak kempas” dan “Otak-otak Gelang Patah”. Ianya dihasilkan dari isi ikan yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar dengan api yang kecil.

Selain daripada makanan terdapat sejenis air yang begitu popular di negeri Johor. Kalau korang pergi mana-mana tempat tidak kira pasar malam atau kedai-kedai minuman biasa di Johor nie pasti akan ada dijual Air Katira.

4

Air Katira

Air nie memang super duper sedap hehe kalau pekena waktu musim panas nie wah, memang merasa sedap di tekak. Air ini adalah campuran sirap,kembang semangkuk, daun pandan, gula, biji selasih, khatira, air mawar dan susu cair. Kalau nak diikutkan warna Air Katira yang asli adalah putih tapi setelah di perbaharui maka jadilah warna hijau (seperti di dalam gambar).

Sebenarnya, makanan kat Johor nie memang banyak kalau nak dikongsikan contohnya seperti Kacang Pol, Soto, Nasi Beriyani Gam, Mee Rebus, Telur Pindang dan banyak lagi. Jadi kalau korang teringin nak merasa makanan nie sila-silalah datang ke Johor untuk merasa makanan enak yang terdapat disini.

Sekian (^_^).

credit to: http://waiem.blogspot.comhttp://www.johordt.gov.myhttp://kelanafana.blogspot.comhttp://www.trymasak.my.

Leave a comment