Assalamualaikum,

_DSC0670 2

Keluarga Othman Mahmood

Setelah lama merahsiakan siapakah empunya diri kali nie saya nak berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang keluarga cik Nurhidayah Othman ini hehehe.. Saya dilahirkan dan dibesarkan di daerah Mersing, Johor pada 21 November 1992. Dilahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga besar saya dan mempunyai enam orang abang serta lima orang kakak yang masih hidup. Saya merupakan anak kepada pasangan Othman bin Mahmood dan Kintan bt Abd Rauf.

Memulakan sesi persekolahan saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Mersing dari tahun 1 hingga tahun 6. Selepas itu, meneruskan sesi persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing dari Tingkatan 1 hingga 5. Banyak pengalaman pahit dan manis (paling banyak manisnya) di sekolah ini. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Maklumat di UiTM Johor kampus Segamat. Kini saya sedang menuntut di tempat yang sama dalam jurusan Pengurusan Rekod di peringkat Ijazah.

Semoga terhibur dengan video di bawah (^_^)

  http://www.youtube.com/watch?v=9hANU-5AKWU&feature

Advertisements

Kebaikan Solat 5 Waktu~

solat-jemaah

Solat Berjemaah

Assalamualaikum,

Oleh kerana hari ini merupakan hari jumaat maka saya ingin berkongsi sedikit dengan korang semua mengenai kebaikan menunaikan solat 5 waktu. Sebagai umat islam kita memang diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Allah s.w.t bukan sesuka hati menyuruh hambanya untuk mngerjakan solat  tetapi kerana ada sesuatu kebaikan disebaliknya. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.

Solat diibaratkan sebagai tiang agama jika tiadanya tiang maka akan robohlah iman seseorang itu. Solat adalah salah satu cara untuk kita berhubung dengan Maha pencipta dan memohon segala keampunan kepada-Nya. Solat telah terbukti baik dari sudut sains seperti yang diceritakan dalam buku Professor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas; “Solat kebaikan dari perspektif sains”.

1)      Terapi solat mendapati keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan jantung paling rendah dan baik untuk golongan pesakit jantung.

Jika dilihat keadaan sujud adalah dimana kita tunduk meletakkan muka kita di bawah. Maka kita mengakui kita adalah hamba. Di waktu sujud, selalunya kita paling khusyuk kerana kita tidak melihat perkara lain melainkan fokus kita terhadap penghambaan kita kepada Ilahi. Kadar denyutan yang rendah sangat bagus kerana jantung akan menerima kurang tekanan. Ini memastikan jantung menjadi lebih sihat, bukan sahaja kepada ynag berpenyakit jantung malah mampu mengelakkan jantung yang sihat daripada mendapat penyakit.

2)      Solat sunat sebanyak 3 kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dapat merawat Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk.

Tetapi janganlah nanti kita solat hanya sebab nk merawat mati pucuk. Tetapkan niat kita untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Esa, maka pasti kita akan mencapai apa yang kita kehendaki asalnya kita ikhlas dengan amalan kita.

3)      Pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90º, sakitnya pinggang berkurang.

 Lihatlah kebesaran Allah, bukan sengaja kita ditetapkan membuat rukuk dengan betul yakni 90 darjah selari tulang belakang kita. Oleh itu, haruslah kita perhatikan gerakan solat kita. Pastikan ianya betul. InsyaAllah kita tidak rugi malah mendapat manfaat. Ajarkanlah anak-anak. Biasanya mereka malas melakukan rukuk dengan betul. Jangan ia menjadi kebiasaan sehingga dewasa. Ramai yang saya lihat melakukan rukuk 70 darjah sahaja atau ada juga yang lebih 90 darjah. Daripada rukuk itu baik untuk merawat sakit pinggang, apabila tidak dilakukan dengan betul, sakit yang kita dapat nanti.

4)      Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang iaitu semasa sujud.

Seperti yang telah diceritakan tadi, sujud menghasilkan keadaan yang paling tenang dalam diri seseorang yang sedang solat.

5)      Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
 Solat
Sekian (^_^).

 

Di sebalik Air Kosong~

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua!! wah, rasa seperti sekejap je masa berlalu kita bertemu lagi di pagi jumaat yang ini. Pagi-pagi macam nie bagus kalau kita mulakan hari kita dengan minum segelas air kosong disamping air  manis. Bercerita mengenai air kosong, kita memang digalakkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Nak tahu sebab apa? 60% daripada badan kita adalah cecair manakala 75% daripada otak mengandungi cecair. Lihatlah betapa pentingnya air untuk kesihatan tubuh badan kita dan juga untuk kecergasan otak. Disini saya ada sertakan fungsi air kosong kepada kita.

glass-of-water

Air Kosong baik untuk tubuh

Antara fungsinya ialah:

  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

 

KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.

Namun, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa minumlah air mengikut aktiviti yang kita lakukan kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit keracunan air yang boleh membahayakan. Selain itu, ia boleh menyebabkan sawan dan koma akibat fungsi otak yang diganggu oleh tekanan yang disebabkan oleh lebihan air dalam darah. Hurm, walau apapun kita memang amat memerlukan air untuk melakukan aktiviti seharian. Jadi, amalkan minum air kosong setiap hari untuk kecergasan tubuh badan dan otak kita.

sekian (^_^)

credit to:http://gigitankerengga.blogspot.comhttp://pama.karangkraf.comhttp://tembikaisusuitubest.blogspot.com

Makanan Lazat Johor~

Assalamualaikum,

Malam-malam macam nie perut mulalah berbunyi sakan mintak diisi hurm..bila cerita pasal bab makan memang seronok sebab mulalah terfikirkan macam-macam makanan yang sedap-sedap. Wah, telan air liur banyak-banyak larr kalau macam nie hehe. Okey kali nie saya nak kongsikan dengan korang semua mengenai makanan yang popular  di negeri Johor. Sememangnya makanan dekat Johor nie memang sedap-sedap dan kalau sekali cuba mesti nak lagi punya lah huhu. Untuk maklumat korang jugak makanan yang ada di negeri Johor nie kebanyakannya di pengaruhi oleh pengaruh Arab dan kepulauan melayu. Antara makanan yang nak saya kongsikan ialah

DSC06064

Laksa Johor

1)Laksa Johor

Kalau sudah namanya pun Laksa Johor maka kita tahu lah makanan ini memang berasal dari negeri Johor. Kalau korang nak tahu Laksa Johor hanya menggunakan Spaghetti sebagai mee bukan laksa beras seperti laksa yang lain. Kuahnya juga pekat kerana ia berasaskan isi ikan yang dimasak bersama kerisik, santan, dan lain-lain. Hidangan ini juga dihidangkan bersama sambal belacan, daun kesum, daun selasih, lobak masin dan lain-lain lagi. Paling penting sekali rasanya memang sangat sedap. Kalau cuba mesti takkan menyesal.

47495496

Mee Bandung

2) Mee Bandung

Untuk maklumat korang makanan nie memang sangat popular di daerah Muar. Oleh kerana semua bahan dicampurkan dengan pelbagai rencah maka dinamakan sebagai Mee Bandung. Kalau nak cari Mee Bandung yang betul-betul terbaik cari lah di Muar kerana kat sana memang kaw-kaw rasa kesedapannya hehe. Rasanya memang sedap serba lengkaplah orang kata maka memang tak rugi kalau nak pekena makanan nie.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Otak-Otak

3) Otak-Otak

Otak-Otak merupakan makanan kegemaran saya hehe kalau dah makan satu pasti akan makan lagi. Makanan nie boleh dimakan bila-bila saja tak kira untuk sarapan ke, minum petang ataupun makan sambil tengok tv pun boleh. Antara otak-otak yang terkenal di negeri Johor ini ialah” Otak-otak kempas” dan “Otak-otak Gelang Patah”. Ianya dihasilkan dari isi ikan yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan.Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar dengan api yang kecil.

Selain daripada makanan terdapat sejenis air yang begitu popular di negeri Johor. Kalau korang pergi mana-mana tempat tidak kira pasar malam atau kedai-kedai minuman biasa di Johor nie pasti akan ada dijual Air Katira.

4

Air Katira

Air nie memang super duper sedap hehe kalau pekena waktu musim panas nie wah, memang merasa sedap di tekak. Air ini adalah campuran sirap,kembang semangkuk, daun pandan, gula, biji selasih, khatira, air mawar dan susu cair. Kalau nak diikutkan warna Air Katira yang asli adalah putih tapi setelah di perbaharui maka jadilah warna hijau (seperti di dalam gambar).

Sebenarnya, makanan kat Johor nie memang banyak kalau nak dikongsikan contohnya seperti Kacang Pol, Soto, Nasi Beriyani Gam, Mee Rebus, Telur Pindang dan banyak lagi. Jadi kalau korang teringin nak merasa makanan nie sila-silalah datang ke Johor untuk merasa makanan enak yang terdapat disini.

Sekian (^_^).

credit to: http://waiem.blogspot.comhttp://www.johordt.gov.myhttp://kelanafana.blogspot.comhttp://www.trymasak.my.

Budaya Rewang Di Kampung~

rewang23

Rewang antara penduduk kampung

Assalamualaikum,

Anda semua pernah dengar perkataan rewang tak? hurm, rasanya perkataan nie sangat tidak asing lagi bagi masyarakat Johor terutamanya kerana disini aktiviti seperti ini selalu diadakan terutamanya di kawasan kampung. Rewang nie berasal dari bahasa jawa dan perkataan nie lebih kurang sama jek dengan aktiviti bergotong-royong. Alhamdulillah di kampung saya masih mengekalkan aktiviti rewang ini jika ada majlis-majlis diadakan seperti majlis cukur jambul, majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan macam-macam lagi.

rewang

aktiviti rewang

Aktiviti rewang nie selalunya melibatkan orang kampung mahupun sedara mara serta sahabat handai yang datang membantu bagi melancarkan majlis yang bakal diadakan. Saya gembira rewang masih di amalkan sehingga kini kerana aktiviti ini bukan sahaja mendidik kita untuk saling membantu antara satu sama lain malah ia turut merapatkan silaturahim antara masyarakat. Ketika rewang nie lah baru kita dapat jumpa sedara mara yang duduk jauh dan dapat bertukar-tukar cerita setelah lama tak bersua.  Dan yang paling penting bukan semua orang dapat merasai pengalaman nie kerana rewang nie hanya masih dilakukan di kawasan kampung sahaja. Kalau di bandar orang hanya lebih gemar untuk menggunakan khidmat katering sahaja. Itu yang tak berapa nak best sebab nilai tolong-menolong tue dah kurang dalam diri masyarakat melayu sekarang. Rewang nie satu aktiviti yang baik bagi mengeratkan silaturahim antara masyarakat kampung dan semoga aktiviti rewang nie dapat dikekalkan sampai bila-bila.

sekian (^_^).

 

credit to: http://malarang-kak.blogspot.comhttp://titassemtwo.blogspot.com.

Tomato~

Assalamualaikum,

Di malam hari nie saya nak berkongsi sedikit dengan pembaca mengenai khasiat sayuran kegemaran saya iaitu tomato. Walaupun tak semua orang suka makan tomato tapi saya sangat suka tak kiralah makan macam tu jek ke ataupun di letakkan dalam masakan. Hurm, oleh kerana saya suka sangat makan tomato maka saya cuba lah “Google” pasal khasiat sayuran nie. Cari punya cari akhirnya terjumpa lah beberapa khasiat yang baik untuk korang semua tahu pasal tomato nie. Antara khasiatnya ialah

tomato

Tomato

1)ianya baik untuk kulit bagi mencantikkan, menyerikan dan yang paling penting menyihatkan.

2)tomato juga boleh digunakan sebagai penyegar wajah ataupun dijadikan sebagai topeng muka (masker).

3)tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

4) mampu mengecilkan liang roma, menghilangkan jerawat dan juga merawat penyakit kulit.

5)membantu dalam mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.

 

Hah inilah dia maklumat yang berjaya di”google” oleh saya pada malam nie. hehe kalau nak lebih cuba-cubalah rajin mencari informasi ataupun lebih senang berkongsi sekali disini.

sekian(^_^).

credit to:http://www.tupai.com.myhttp://www.ohbulan.com.

 

 

 

Hello~Apa Khabar~Ni Hao~Bounjour

hello

Hello, Bonjour, Annyonghaseyo, Ni Hao!!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? hurm, semua pembaca mesti pelikkan kenapa saya letak gambar di atas sebagai pembuka kepada entri kali nie. Kalau nak tahu dalam dunia nie ada macam-macam bahasa digunakan untuk menyapa orang sama ada yang dikenali mahupun tidak dikenali. Macam sekarang nie lah saya menyapa anda dengan memberi salam kepada semua pembaca (kalau ada yang sudi baca lah kan). Sebenarnya, melalui sapaan “apa khabar”, Annyonghaseyo”, “Hello” atau “Ni Hao” pun orang akan merasa senang dengan kita. Yup, walaupun cuma dengan satu sapaan sahaja sudah boleh mengeratkan hubungan antara manusia tidak kira agama mahupun pangkat.

Pernah satu ketika adik kepada kawan saya menegur seorang pelancong yang datang bercuti disini dan singgah sebentar di kedai runcit yang kitorang pergi. Masa kitorang tengah cari barang yang hendak di beli tiba-tiba adik kepada kawan saya menyapa “Hello”kepada salah seorang pelancong tersebut. Pelancong-pelancong tue semua senyum kat kitorang sambil balas balik “Hello” dan nasib kitorang baik waktu tue sebab pelancong tue siap belikan aiskrim untuk kitorang…heheh kelakar jugak watu tue. Tapi moralnya kat sini walaupun kitorang takde lah borak panjang-panjang pun tapi hanya cakap ‘Hello’ jek tapi dah buat pelancong tue rasa kitorang nie mengalu-alukan kedatangan dorang ke sini. Nampak tak secara tak langsung kita dah membawa nama baik negara kepada orang luar terutama kepada pelancong asing. Jadi bukan susah pun nak merapatkan hubungan antara satu sama lain tidak kira bangsa mahupun agama..kalau kita benar-benar ikhlas untuk memulakan perbualan ataupun merapatkan hubungan dengan orang lain maka mereka akan nampak keikhlasan kita.

Sekian (^_^).

Jom Cuti-Cuti Malaysia~

Assalamualaikum…

Yup..seperti yang dijanjikan entri kali ini nak bawa pembaca ke destinasi-destinasi menarik yang ada di Mersing. Kalau korang tak tahu waktu-waktu cuti ni nak ke mana maka ini adalah salah satu cadangan untuk korang pergi bercuti tak kiralah sama ada dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Daerah Mersing dikenali sebagai daerah pelancongan kerana ianya kaya dengan gugusan pulau yang cantik-cantik dan kawasan peranginan yang mententeramkan jiwa si pengunjungnya huhu..cewah. Tapi nak diingatkan jugak Mersing bukanlah tempat untuk orang yang giler membeli belah ataupun  mengimpikan tempat-tempat yang mewah ada di sini kerana ia hanyalah sebuah pekan kecil yang masih terpelihara alam sekitarnya. Tempat ini hanya bersesuaian untuk korang yang nak tenangkan fikiran dari kesibukan kota dengan datang kesini untuk menghirup udara segar sambil menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Antara pulau yang terdapat di sini seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan banyak lagi pulau-pulau yang lain (penat kalau nak cerita semua hehehe…). hurm, mesti korang pelik kenapa pulau Tioman tersenarai sekali padahal seantero dunia dah tahu pulau Tioman terletaknya di negeri Pahang. Meh sini kita cerita sikit..sebenarnya kalau nak diikutkan jarak antara jeti Mersing dengan Pulau Tioman sangat dekat jika di bandingkan jarak antara jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jadi kalau korang nak  lebih cepat sampai maka memang disarankan untuk menaiki bot dari jeti Mersing untuk ke pulau tersebut.  Okey, kalau korang nak tahu pulau-pulau di sini dijaga dengan baik oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Jadi airnya memang jernih dan cantik huhu…sejuk mata memandang. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan disini   tetapi awas ada juga kawasan yang dilarang untuk korang mandi taw..ianya bagi menjaga hidupan laut yang ada diperairan tersebut.

 

 

rawa_island_map02Peta Pulau-pulau di Mersing

Selain pulau-pulau tersebut disini jugak terdapat tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Pantai Tanjung Leman, Pantai Teluk Buih, Pantai Air Papan, Pantai Pasir Lanun serta Pantai Penyabung merupakan antara tarikan yang membawa pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk datang ke sini. Selain itu, Taman Negara Endau-Rompin juga merupakan antara daya tarikan bagi mereka yang gemar dengan aktiviti yang lasak. Hah jangan tak tahu ia juga merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan usianya lebih dari 1 juta tahun. Air terjun di Taman Negara Endau-Rompin ini juga sangat cantik tapi untuk sampai ke situ harus meredah pelbagai cabaran sedikit larh yerr. okey saya akan tinggalkan anda dengan beberapa keping gambar yang menarik mengenai tempat-tempat percutian ini.

Jumpa lagi (^_^)

6

Pemandangan Pulau Besar

pulau-rawa

Pasir yang Memutih di Pulau Rawa

Tioman-Beach-Main

Pulau Tioman

images_r_papan-tanda

Taman Negara Endau-Rompin

johor_mersing2

Pantai Air Papan

 

Mersing Dihatiku~

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Ini merupakan entri pertama saya  dan oleh sebab itu agak susah untuk memilih topik yang sesuai untuk dijadikan sebagai pembuka kepada entri-entri yang seterusnya. Setelah di fikir-fikirkan rasanya lebih baik berkongsi cerita mengenai perkara yang dekat di hati ini. Oleh kerana cuti semester telah tiba dan semua pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat dan seluruh cawangan yang lain berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing (begitu juga dengan saya) maka saya pun terfikir lebih baik saya menghebohkan tentang keistimewaan kampung halaman sendiri kepada seluruh Malaysia.

Saya merupakan anak jati Mersing yang bukan sahaja dilahirkan malah dibesarkan juga di bumi Mersing. Daerah Mersing adalah salah satu daerah di Negeri Johor Darul Takzim. Mungkin nama Mersing tidaklah sepopular daerah lain di Johor ini sehingga ada di antara teman-teman dari negeri lain yang bertanya kepada saya “Mersing? kat mane tue?”. Hmm..tak apa biar kat sini saya terangkan pasal  bumi Mersing yang tercinta ini.

Peta Negeri Johor

Daerah Mersing adalah daerah pelancongan Negeri Johor. Kedudukan daerah ini terletak di pantai timur negeri Johor dan berdekatan dengan Laut Cina Selatan. Mersing dikatakan mendapat namanya dari sebuah kisah yang berlaku dimana peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh kerana melakukan kesalahan yang berat. Ketika penahanan itu berlaku, Mersing tidak mempunyai ramai penduduk. Berita mengenai Ameer Singh iaitu nama pesuruh tersebut menjadi bualan masyarakat setempat hingga kawasan itu dikenali dengan nama Mersing.

Selain itu, ada yang menyatakan Mersing mendapat nama dari peristiwa dara bernama Mersing yang mencintai pemuda dari Pahang iaitu Awang. Tetapi malangnya bapa Mersing telah memilih anak penghulu sebagai calon menantunya. Timbul fitnah ketika itu namun Awang berjaya menghapuskan fitnah tersebut dan akhirnya bapa Mersing menerima Awang sebagai menantunya. Malangnya, hati Awang ketika itu terlalu kecewa lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk kampung dalam keadaan menyesal maka dari situ lahirlah nama Mersing.

Cerita ini turut di filemkan pada tahun 1961 dengan menggunakan tajuk “Sri Mersing”. Cerita ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular pada masa itu seperti Allahyarham Nordin Ahmad, Allahyarham Mahmud Jun, dan Seniwati Rosnani Jamil. Lagu Sri Mersing juga popular sehingga banyak kali dirakamkan oleh penyanyi yang berlainan.

Saya rasa cukup sampai disini sahaja cerita yang hendak dikongsikan dan untuk entri yang seterusnya, saya akan berkongsi tentang lokasi yang menarik di sini sehingga daerah ini digelar sebagai ‘Daerah Pelancongan’  di Negeri Johor.

sekian (^_^)