Jom Cuti-Cuti Malaysia~

Assalamualaikum…

Yup..seperti yang dijanjikan entri kali ini nak bawa pembaca ke destinasi-destinasi menarik yang ada di Mersing. Kalau korang tak tahu waktu-waktu cuti ni nak ke mana maka ini adalah salah satu cadangan untuk korang pergi bercuti tak kiralah sama ada dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Daerah Mersing dikenali sebagai daerah pelancongan kerana ianya kaya dengan gugusan pulau yang cantik-cantik dan kawasan peranginan yang mententeramkan jiwa si pengunjungnya huhu..cewah. Tapi nak diingatkan jugak Mersing bukanlah tempat untuk orang yang giler membeli belah ataupun  mengimpikan tempat-tempat yang mewah ada di sini kerana ia hanyalah sebuah pekan kecil yang masih terpelihara alam sekitarnya. Tempat ini hanya bersesuaian untuk korang yang nak tenangkan fikiran dari kesibukan kota dengan datang kesini untuk menghirup udara segar sambil menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Antara pulau yang terdapat di sini seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan banyak lagi pulau-pulau yang lain (penat kalau nak cerita semua hehehe…). hurm, mesti korang pelik kenapa pulau Tioman tersenarai sekali padahal seantero dunia dah tahu pulau Tioman terletaknya di negeri Pahang. Meh sini kita cerita sikit..sebenarnya kalau nak diikutkan jarak antara jeti Mersing dengan Pulau Tioman sangat dekat jika di bandingkan jarak antara jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jadi kalau korang nak  lebih cepat sampai maka memang disarankan untuk menaiki bot dari jeti Mersing untuk ke pulau tersebut.  Okey, kalau korang nak tahu pulau-pulau di sini dijaga dengan baik oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Jadi airnya memang jernih dan cantik huhu…sejuk mata memandang. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan disini   tetapi awas ada juga kawasan yang dilarang untuk korang mandi taw..ianya bagi menjaga hidupan laut yang ada diperairan tersebut.

 

 

rawa_island_map02Peta Pulau-pulau di Mersing

Selain pulau-pulau tersebut disini jugak terdapat tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Pantai Tanjung Leman, Pantai Teluk Buih, Pantai Air Papan, Pantai Pasir Lanun serta Pantai Penyabung merupakan antara tarikan yang membawa pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk datang ke sini. Selain itu, Taman Negara Endau-Rompin juga merupakan antara daya tarikan bagi mereka yang gemar dengan aktiviti yang lasak. Hah jangan tak tahu ia juga merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan usianya lebih dari 1 juta tahun. Air terjun di Taman Negara Endau-Rompin ini juga sangat cantik tapi untuk sampai ke situ harus meredah pelbagai cabaran sedikit larh yerr. okey saya akan tinggalkan anda dengan beberapa keping gambar yang menarik mengenai tempat-tempat percutian ini.

Jumpa lagi (^_^)

6

Pemandangan Pulau Besar

pulau-rawa

Pasir yang Memutih di Pulau Rawa

Tioman-Beach-Main

Pulau Tioman

images_r_papan-tanda

Taman Negara Endau-Rompin

johor_mersing2

Pantai Air Papan

 

Advertisements

Mersing Dihatiku~

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Ini merupakan entri pertama saya  dan oleh sebab itu agak susah untuk memilih topik yang sesuai untuk dijadikan sebagai pembuka kepada entri-entri yang seterusnya. Setelah di fikir-fikirkan rasanya lebih baik berkongsi cerita mengenai perkara yang dekat di hati ini. Oleh kerana cuti semester telah tiba dan semua pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat dan seluruh cawangan yang lain berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing (begitu juga dengan saya) maka saya pun terfikir lebih baik saya menghebohkan tentang keistimewaan kampung halaman sendiri kepada seluruh Malaysia.

Saya merupakan anak jati Mersing yang bukan sahaja dilahirkan malah dibesarkan juga di bumi Mersing. Daerah Mersing adalah salah satu daerah di Negeri Johor Darul Takzim. Mungkin nama Mersing tidaklah sepopular daerah lain di Johor ini sehingga ada di antara teman-teman dari negeri lain yang bertanya kepada saya “Mersing? kat mane tue?”. Hmm..tak apa biar kat sini saya terangkan pasal  bumi Mersing yang tercinta ini.

Peta Negeri Johor

Daerah Mersing adalah daerah pelancongan Negeri Johor. Kedudukan daerah ini terletak di pantai timur negeri Johor dan berdekatan dengan Laut Cina Selatan. Mersing dikatakan mendapat namanya dari sebuah kisah yang berlaku dimana peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh kerana melakukan kesalahan yang berat. Ketika penahanan itu berlaku, Mersing tidak mempunyai ramai penduduk. Berita mengenai Ameer Singh iaitu nama pesuruh tersebut menjadi bualan masyarakat setempat hingga kawasan itu dikenali dengan nama Mersing.

Selain itu, ada yang menyatakan Mersing mendapat nama dari peristiwa dara bernama Mersing yang mencintai pemuda dari Pahang iaitu Awang. Tetapi malangnya bapa Mersing telah memilih anak penghulu sebagai calon menantunya. Timbul fitnah ketika itu namun Awang berjaya menghapuskan fitnah tersebut dan akhirnya bapa Mersing menerima Awang sebagai menantunya. Malangnya, hati Awang ketika itu terlalu kecewa lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk kampung dalam keadaan menyesal maka dari situ lahirlah nama Mersing.

Cerita ini turut di filemkan pada tahun 1961 dengan menggunakan tajuk “Sri Mersing”. Cerita ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular pada masa itu seperti Allahyarham Nordin Ahmad, Allahyarham Mahmud Jun, dan Seniwati Rosnani Jamil. Lagu Sri Mersing juga popular sehingga banyak kali dirakamkan oleh penyanyi yang berlainan.

Saya rasa cukup sampai disini sahaja cerita yang hendak dikongsikan dan untuk entri yang seterusnya, saya akan berkongsi tentang lokasi yang menarik di sini sehingga daerah ini digelar sebagai ‘Daerah Pelancongan’  di Negeri Johor.

sekian (^_^)