Mersing Dihatiku~

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Ini merupakan entri pertama saya  dan oleh sebab itu agak susah untuk memilih topik yang sesuai untuk dijadikan sebagai pembuka kepada entri-entri yang seterusnya. Setelah di fikir-fikirkan rasanya lebih baik berkongsi cerita mengenai perkara yang dekat di hati ini. Oleh kerana cuti semester telah tiba dan semua pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat dan seluruh cawangan yang lain berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing (begitu juga dengan saya) maka saya pun terfikir lebih baik saya menghebohkan tentang keistimewaan kampung halaman sendiri kepada seluruh Malaysia.

Saya merupakan anak jati Mersing yang bukan sahaja dilahirkan malah dibesarkan juga di bumi Mersing. Daerah Mersing adalah salah satu daerah di Negeri Johor Darul Takzim. Mungkin nama Mersing tidaklah sepopular daerah lain di Johor ini sehingga ada di antara teman-teman dari negeri lain yang bertanya kepada saya “Mersing? kat mane tue?”. Hmm..tak apa biar kat sini saya terangkan pasal  bumi Mersing yang tercinta ini.

Peta Negeri Johor

Daerah Mersing adalah daerah pelancongan Negeri Johor. Kedudukan daerah ini terletak di pantai timur negeri Johor dan berdekatan dengan Laut Cina Selatan. Mersing dikatakan mendapat namanya dari sebuah kisah yang berlaku dimana peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh kerana melakukan kesalahan yang berat. Ketika penahanan itu berlaku, Mersing tidak mempunyai ramai penduduk. Berita mengenai Ameer Singh iaitu nama pesuruh tersebut menjadi bualan masyarakat setempat hingga kawasan itu dikenali dengan nama Mersing.

Selain itu, ada yang menyatakan Mersing mendapat nama dari peristiwa dara bernama Mersing yang mencintai pemuda dari Pahang iaitu Awang. Tetapi malangnya bapa Mersing telah memilih anak penghulu sebagai calon menantunya. Timbul fitnah ketika itu namun Awang berjaya menghapuskan fitnah tersebut dan akhirnya bapa Mersing menerima Awang sebagai menantunya. Malangnya, hati Awang ketika itu terlalu kecewa lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk kampung dalam keadaan menyesal maka dari situ lahirlah nama Mersing.

Cerita ini turut di filemkan pada tahun 1961 dengan menggunakan tajuk “Sri Mersing”. Cerita ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular pada masa itu seperti Allahyarham Nordin Ahmad, Allahyarham Mahmud Jun, dan Seniwati Rosnani Jamil. Lagu Sri Mersing juga popular sehingga banyak kali dirakamkan oleh penyanyi yang berlainan.

Saya rasa cukup sampai disini sahaja cerita yang hendak dikongsikan dan untuk entri yang seterusnya, saya akan berkongsi tentang lokasi yang menarik di sini sehingga daerah ini digelar sebagai ‘Daerah Pelancongan’  di Negeri Johor.

sekian (^_^)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s